Sunday, September 13, 2009

Scouts JBXtreme





5th APR JOTA





5th APR JOTA diadakan di SK Princess Elizabeth pada 1-2 august.Antara kumpulan yang terlibat ialah Pasukan Kelana Pengakap Kelana G.Seramai 9 Urusetia Kelana G telah terlibat dlm 5th APR JOTA ini.Program ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun ahli perserta kali ini tidak ramai disebabkan oleh penyakit H1N1.

Saturday, September 12, 2009

1st ScoutsJB Scout For Nature – Egg Life Campaign

Rabu, 19 Ogos 2009 – Seramai 58 orang telah menyertai kempen ‘Scout For Nature – Egg Life’ yang telah diadakan di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.Antara kumpulan yang terlibat ialah Pasukan Kelana Pengakap Kelana G, Pengakap Darat Kumpulan Pertama dan Pengakap Laut Kumpulan Kelima. Kumpulan ini merupakan kumpulan perintis dalam pelancaran kempen SFN di Johor Bahru.Program ini adalah kerjasama diantara Majlis Kelana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan World Wildlife Federation (WWF)

Persetiaan pengakap

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara

Menolong orang pada setiap masa

Menurut undang-undang Pengakap


On my honour, I promise that I will do my best

To do my duty to God, King and country

To help other people at all times

To obey the scout law

Seorang ahli Pengakap mestilah mengetahui dan menghafal Persetiaan Pengakap dan sentiasa patuh kepada apa yang telah dijanjikan. Persetiaan Pengakap juga mestilah dilafazkan setiap kali perjumpaan Pengakap dan dalam setiap istiadat Pengakap.

Lagu Pengakap Malaysia




Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

Lagu Pengakap Malaysia




Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia